Saturday, August 25, 2007
Semua orang di dunia ini pasti ada ayah tetapi, beberapa prang sahaja di dunia ini tiada ayah. Aku ada ayah tetapi dia telah mengahwini dengan wanita lain. Walaupun begitu, aku dan ayahku masih rapat. Setiap hari, aku akan menelefonnya . Kalau aku tidak menelefonnya, aku akan menghantar pesanan ringkas kepadanya dengan menggunakan telefon bimbit yang baru dibeli oleh ayahku tersayang. Ibu tiriku baik. Dia juga ada personaliti yang sangat baik. Aku rasa, itulah sebabnya ayahku kahwin dua.
Aku tinggal bersama emak kandungku. Emakku panas baran. Kalau aku balik lambat, mesti aku disoal. Macam aku dalam penjara. Hanya kadang-kadang sahaja emakku bahagia terutama sekali bila hari jadinya yang akan datang. Setiap hari, rumahku bising. Walaupun di dalam rumahku hanya aku dan emakku sahaja, kami hari-hari bergaduh. Perkara yang aku lakukan, mesti tidak memuaskan untuk emakku. Walaupun aku dapat 97 untuk mata pelajaran matematik, emakku masih belum puas. Dia selalu kata ,'' Mengapa kau hanya mendapat97 markah? Tidak belajar dengan betul ke? Emak hendak kau mendapat markah penuh untuk peperiksaan kau yang akan datang FAHAM??!!! '' . Emak aku fikir matematik senang? Kalau dia ingat senang, mengapa dia tidak mahu menggantikan aku dengan dirinya?
Ramai orang kata ,'' Emak kau pasti faham situasi kau... kau harus bersabar. Orang yang penyabar akan disayangi oleh Tuhan''. Sudah dua bulan aku sabar. Emak masih belum berubah. Dia juga masih belum faham situasi ku. Aku sudah tidak boleh tahan lagi. Aku harus lari dari rumah. Hari yang aku nanti-nantikan sudah datang. Aku akan lari dari rumah pada pukul dua belas malam. Aku sudah cadangkan cadangan ini satu minggu yang lalu. '' Sudah dua belas malam. Emak sudahpun tidur. Selamat tinggal emak...'' kataku dengan gembira. Sebelum aku keluar dari rumah, aku telah meninggalkan surat kepada emakku di atas meja. Aku harap emakku akan tahu mengapa aku membuat begini. Aku juga harap emakku dan aku akan hidup dengan bahagia bila aku pulang nanti.
Pagi hampir menjelang. Mataku tidak boleh buka lagi. Aku harus tidur. Aku tidak dapat lihat dengan betul. Kakiku tidak boleh berjalan lagi. Badanku letih sekali. Di jalan raya, tidak ada banyak kenderaan. Aku melintas jalan. Tiba-tiba, aku terlanggar seseorang. Aku terus terjatuh.
''Honk!!Honk!!'' bunyi kereta. Aku tersadar dari tidur. Di sebelahku ada seorang lelaki. ''Aku berada di mana?'' tanya aku kepada lelaki itu. '' Kau berada di rumahku. Semalam kau terlanggar ku dan terus jatuh lalu pengsan.'' jawab lelaki itu. Aku hanya jeling sahaja. '' Kau boleh tinggal disini sampai engkau mendapat rumah sewa.'' kata lelaki itu. Lelaki itupun sambung,'' Ini bilik tidur aku. Kau tidur di atas, aku tidur di bawah. Aku tidak akan membuat perkara yang tidak senonoh dengan engkau. Bukannya kau cantik sangat.'' lelaki itu pun keluar.
Tidak sempat untukku mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu. ''Nasib baik aku ada rumah untuk sementara.'' bisik hatiku. Selepas aku mandi, aku pun mencari lelaki itu. Dia sedang membaca surat khabar. '' Eh!!!'' kata ku kepadanya. '' Aku ada nama lah!!'' kata lelaki itu. '' Tadi aku tanya nama kau, kau tidak mahu bilang. Sekarang, bila aku panggil kau 'Eh' kau tidak benarkan pula.'' jawabku. '' Maaf. Tadi aku sahaja mahu 'act' garang. Namaku Rifki.''
BERSAMBUNG.......
Hasil Oleh : NurSuhaina Bte Jais
she told
the story ...
11:53 PM